Program ?JOM SIHAT? Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak telah diadakan pada 14 November 2016 (Isnin) bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Ianya bertujuan menggalakkan semua anggota Jabatan Penjara khususnya di Zon Sarawak agar sentiasa mengamal dan mengekalkan gaya hidup yang sihat dari masa ke semasa. Dalam program tersebut, dengan kerjasama dari pihak Jabatan Kesihatan Hospital Serian, pelbagai aktiviti seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan program derma darah turut dijalankan. Lebih 250 orang kakitangan Penjara turut serta bagi memeriahkan lagi program ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sabah dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak.
""