Kumpulan KINTA yang mewakili Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak telah berjaya menggondol Anugerah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (tempat kedua) kategori teknikal Jabatan Kerajaan Peringkat Negeri Perak dan membawa pulang hadiah berupa Trofi, Sijil Penghargaan dan wang tunai berjumlah RM 16,000.00. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 21 hingga 22 September 2016 dan majlis penyampaian hadiah telah di adakan pada Hari Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Ke-29 Peringkat Negeri Perak pada 10 November 2016 (Khamis). Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak kepada PKP M. Basakaran a/l S. Muthiah, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak.
""