10 November 2016 (Khamis), bertempat di Rumah Ngaji Penjara Sungai Petani, Kedah telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Rumah Ngaji Penjara Sungai Petani yang telah disempurnakan oleh TKP Haji Ahmad Faudzi b. Haji Awang, Pengarah Penjara Negeri Kedah bagi pihak Jabatan Penjara Malaysia dan Encik Abdul Hanif b. Abu Bakar, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB). Turut diadakan penyerahan zakat perniagaan daripada (BPMB) bagi tahun 2015 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah berjumlah RM1,626,958.66. Turut hadir dalam majlis tersebut PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Sungai Petani, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Kedah, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah, Wakil Majlis Agama Islam Daerah Kuala Muda, Wakil YADIM Zon Utara, Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Penjara Sungai Petani, Kedah.
""