Pada 21 November 2016 (Isnin) bertempat di Pusat Koreksional Tanjung Keling Melaka seramai 90 peserta yang terdiri dari pemimpin masyarakt iaitu Penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan Tok Sidang telah menghadiri satu sesi taklimat berkaitan Program Pemasyarakatan Jabatan Penjara. Semua pemimpin masyarakat dimaklumkan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjayakan Program Parol dan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib. PKP Delber Singh a/l Sadhu Singh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka turut hadir menyampaikan taklimat mengenai Jabatan Penjara Malaysia dan Program Pemasyarakatan Jabatan.
Antara pengisian yang telah di atur sepanjang program ini adalah Mesej dari Parolee, sesi suai kenal Pegawai Parol Negeri dan Daerah dan persembahan skesta oleh penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Semua pemimpin masyarakat tersebut turut diberikan Sijil Penyertaan dan diakhiri dengan sesi bergambar.
"" Antara pengisian yang telah di atur sepanjang program ini adalah Mesej dari Parolee, sesi suai kenal Pegawai Parol Negeri dan Daerah dan persembahan skesta oleh penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Semua pemimpin masyarakat tersebut turut diberikan Sijil Penyertaan dan diakhiri dengan sesi bergambar.