Pada 20 November 2016 (Ahad) bertempat di Penjara Reman Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Kayuhan Mesra Jabatan Penjara Bersama Masyarakat. Seramai 120 peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, Badan bukan kerajaan (NGO) dan Masyarakat. Kayuhan ini melibatkan jarak sepanjang 24 km bermula dari Penjara Reman Pulau Pinang dan melalui tempat persingahan pertama di Tesco Pulau Pinang, Padang Kota dan seterusnya berakhir kembali di Penjara Reman Pulau Pinang.
Aturcara kayuhan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pelepasan kayuhan dirasmikan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Kayuhan ini diiringi seramai 3 anggota polis trafik IPD Pulau Pinang bersama 15 anggota penjara dan Komuniti Rukun Tertangga (KRT) Jalan Residensi yang bertindak sebagai pengiring untuk membuat kawalan terhadap peserta Kayuhan. Aturcara ini diakhiri oleh Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
"" Aturcara kayuhan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pelepasan kayuhan dirasmikan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Kayuhan ini diiringi seramai 3 anggota polis trafik IPD Pulau Pinang bersama 15 anggota penjara dan Komuniti Rukun Tertangga (KRT) Jalan Residensi yang bertindak sebagai pengiring untuk membuat kawalan terhadap peserta Kayuhan. Aturcara ini diakhiri oleh Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.