Pada 16-19 November 2016 serama 16 orang pelajar lelaki dan wanita SHG Telok Mas Melaka telah menyertai Festival Bimbingan Seni Dan Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Melaka. Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan 17 buah sekolah termasuk SHG Telok Mas dan STB Sg Lereh Melaka. Ianya bertujuan melahirkan bakat-bakat pelajar yang cemerlang menguasai dalam bidang kesenian tari, muzik, teater silat, gasing dan seni berbahasa. Disamping ianya juga sebagai platform bagi penyerlahan bakat dan kreativiti pelajar untuk terus bergiat aktif secara profesional dalam bidang kesenian selaras dengan keperluan pasaran industri kreatif negara. Majlis perasmian penutupan di sempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Ghazali bin Muhamad, Timbalan Exco Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia Dan Pelancongan manakala PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas turut hadir memeriahkan majlis majlis penutupan.
""