Pada 25.11.2016 (Jumaat), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah/W. P Labuan melalui Pejabat Parol Daerah Tawau telah menganjurkan Program Temu Seru Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Penjara Negeri Sabah di Daerah Tawau. Program tersebut dirasmikan oleh YB. Datuk Hajah Hamisa binti Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri N.59 Tanjung Batu, Tawau, Sabah merangkap Pembantu Menteri Kepada Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah. Program tersebut turut dihadiri oleh PKK Nora binti Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah/W. P Labuan mewakili TKP Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah/W. P Labuan hadir bersama-sama Y. Arif Joenily @ Siti Badariah Mohd Yusof, Pengerusi Lembaga Parol III, KDN, PP Hamdan Salleh bin Majin, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PPPNSL, TPP. John Kindasan mewakili Pengarah Penjara Tawau serta PPD Tawau dan PPD Negeri Sabah dan kakitangan Penjara Tawau. Program tersebut melibatkan Perasmian Program Temu Seru, sesi taklimat berkaitan Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Sesi Ceramah Jenayah PDRM Tawau dan Pameran Jabatan Penjara dan Agensi lain yang terlibat. Selain itu juga, program tersebut melibatkan pemberian Sijil Penghargaan kepada Majikan dan NGO yang bekerjasama dengan PPD Tawau. Masyarakat setempat turut hadir pada program tersebut.
""