Pada 24.11.2016 (Khamis), Lembaga Parol III, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Sesi Penilaian Parol di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama Pegawai-Pegawai Parol Negeri Sabah dan Pegawai-Pegawai Institusi Penjara di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah. Selesai sesi dialog, Lembaga Parol III seterusnya mengadakan lawatan ke Rumah Perantaraan, Kota Kinabalu, Sabah dan lawatan ke Pejabat Parol Daerah (PPD) Tawau berjumpa dengan ODP PPD Tawau dan menerima taklimat berkaitan pengoperasian PPD Tawau oleh KIP Haris Martin.
""