Pada 21-25 November 2016, seramai 5 pegawai dari International Committee Of The Red Cross (ICRC) telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Sungai Buloh Selangor iaitu Mr. Pierre Barras (Switzerland), Mr. Romaric Ferraro (Perancis), Dr. Andres Vera (Venezuela), Encik Azhari bin Abdul Aziz (Malaysia) dan Puan Shuhada binti Rosdi (Malaysia). Lawatan ini telah diringi oleh PP Vijayan a/l Krishnan dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM. Tujuan utama lawatan adalah untuk mengadakan sesi soal selidik berkenaan tahap kesihatan dan layanan terhadap banduan di Penjara Sungai Buloh.
""