| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Panduan Solat Jamak Dan Qasar Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu 2016

Pada Jumaat, 18 November 2016 bersamaan 18 Safar 1438H, Unit Agama Bahagian  Pemulihan dan Rawatan, Penjara wanita Kota Kinabalu (PWKK) telah mengadakan Bengkel Panduan Solat Jamak Qasar Peringkat Penghuni. Bengkel tersebut melibatkan seramai 50 orang penghuni. Penghuni yang dipilih mengikuti bengkel tersebut adalah daripada kalangan penghuni yang menjalani hukuman lama di PWKK. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah memberi kefahaman dan keperluan mengenai solat jamak qasar. Bengkel tersebut telah berjaya diadakan dengan pengisian ceramah mengenai ?Panduan Solat Jamak Qasar? oleh penceramah jemputan, Ustazah Safarini daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Hasil daripada bengkel ini, para penghuni dapat mempelajari cara melaksanakan solat jamak dan qasar. Bengkel ini merupakan salah satu usaha dalam memantapkan kecemerlangan Program Pemulihan Jabatan Penjara Malaysia kepada penghuni. Bengkel tersebut diserikan lagi dengan kehadiran TPP Fauziah Binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan seterusnya menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderhati kepada Penceramah Jemputan.


""