Pada 17 November 2016 (Khamis) bersamaan 17 Safar 1438H, Unit Agama Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK) telah mengadakan Bengkel Tahsin Solat peringkat penghuni. Bengkel tersebut melibatkan seramai 50 orang penghuni. Penghuni yang dipilih mengikuti bengkel tersebut adalah daripada kalangan penghuni yang baru menjalani hukuman di PWKK. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman mengenai kewajipan solat, pendedahan dan pendidikan mengenai cara pelaksanaan solat dengan sempurna. Bengkel tersebut telah diadakan dengan dua slot pengisian ceramah mengenai ?Bersuci dan Berwudhuk? serta ceramah ?Kesempurnaan Solat?. Seterusnya, diteruskan lagi dengan praktikal wudhu? dan amali solat pada sebelah petang. Ceramah dan praktikal solat telah berjaya disempurnakan oleh 2 penceramah jemputan daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah iaitu Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhli Bin Ahmat dan Ustazah Safarini. Hasil daripada bengkel ini, para penghuni dapat mempelajari cara wudhuk dan solat dengan sempurna serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam solat.
""