Perjumpaan Konsulat Indonesia Johor Bahru Dengan Banduan Warga Indonesia Penjara Bentong, Pahang
Pada 22 April 2016 (Jumaat), Pegawai Konsulat dari Kedutaan Besar Indonesia yang terdiri daripada Bapak Taufikur Rijal (Konsul Jeneral), Puan Marsianda (Staff Konsul), Puan Rahma Mardina (Konsul Muda) serta rombongan telah hadir untuk sesi pertemuan dengan Banduan Jatuh Hukum, Tahanan Reman, Banduan Akhir dan Seumur Hayat warga Indonesia. Sesi pertemuan ini telah dihadiri oleh TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong yang diadakan di Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong berserta 212 banduan dari semua blok penempatan. Majlis telah dimulakan ucapan oleh wakil konsulat dan sesi soal jawab. Sebelum selesai sesi perjumpaan, pihak Konsulat Indonesia telah memberi sumbangan makanan, majalah dan wang tunai sebanyak RM 35.00 kepada setiap banduan warga Indonesia untuk pembelian barangan harian mereka. ""