Lawatan Delegasi Sri Lanka ke Penjara Seremban, Negeri Sembilan
21.04.2016 (Khamis) - Penjara Seremban telah menerima kunjungan lawatan kerja dari delegasi Sri Lanka. Delegasi ini terdiri daripada 10 orang pegawai kanan yang diketuai oleh Assistant Superintendent, Mr. H.M.M. Alahakoon. Ketibaan mereka disambut oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban dan pegawai kanan. Para delegasi ini telah diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti dan program pemulihan penghuni dan seterusnya dibawa melawat blok penempatan serta bengkel perusahaan. ""