Gotong Royong Sempena Program 'We Care Community Care' Di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
Pada 20 April 2016 (Rabu) telah diadakan gotong-royong sempena Program 'We Care Community Care' di Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka anjuran Unit Latihan Penjara Sungai Buloh bersama YB. Datuk Hj Md Rawi bin Hj.Mahmud, Adun Tanjung Bidara dan masyarakat setempat. Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah menghantar seramai 2 ODP (Orang di Parol), 15 PKW (Pesalah Kehadiran Wajib) beserta 4 kakitangan. Aturcara bermula dengan membuat kerja kebersihan di kawasan Tanah Perkuburan Kampong Tanjung Bidara bersama-sama peserta konvoi dan masyarakat setempat. Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ODP dan Pesalah PKW dengan masyarakat serta dapat mengikis perasaan rendah diri di kalangan mereka dan merasakan sumbangan mereka dihargai oleh masyarakat. ""