Pada 20 April 2016 (Rabu) telah berlangsung program gotong-royong sempena Program 'We Care Community Care' di Kampung Balik Batu Tanjung Bidara ,Melaka, anjuran Unit Latihan Penjara Sungai Buloh bersama YB. Datuk Hj Md Rawi bin Hj.Mahmud Adun Tanjung Bidara dan masyarakat setempat. Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah menghantar seramai 2 ODP (Orang di Parol), 15 PKW (Pesalah Kehadiran Wajib) beserta 4 kakitangan. Aturcara bermula dengan membuat kerja kebersihan di kawasan Tanah Perkuburan Kampong Tanjung Bidara bersama-sama peserta konvoi dan masyarakat setempat.
Program tersebut memberi peluang kepada ODP dan PKW untuk bersama-sama komuniti dalam melakukan kerja-kerja kebersihan di persekitaran Tanah Perkuburan Kampong Tanjung Bidara. Ianya dapat memberi pemahaman dan kesedaran kepada pesalah. Selain itu, ianya dapat merapatkan hubungan siraturrahim antara ODP dan Pesalah PKW dengan masyarakat serta dapat mengikis perasaan rendah diri di kalangan mereka dan merasakan sumbangan mereka dihargai oleh masyarakat. ""