Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Penjara Negeri Melaka
Pada 20 April 2016 (Rabu) telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Penjara Negeri Melaka yang telah diadakan di Institut Koreksional Malaysia (IKOM). Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka bertanggunjawab sebagai Jawatankuasa induk manakala Pusat Koreksional Jasin dilantik sebagai Jawatankuasa Pengelola. Sebanyak 7 kumpulan menyertai Konvensyen ini iaitu 3 kumpulan menyertai Kategori Pengurusan manakala 4 kumpulan bagi Kategori Teknikal. Johan Kategori Pengurusan dimenangi oleh Kumpulan Ikon dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas dengan tajuk "Penyampaian Maklumat Kurang Efektif Kepada Pelanggan". Bagi Kategori Teknikal, Johan dimenangi oleh kumpulan Walid 2016 dari Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dengan tajuk "Penggunaan Racun Rumput Sedia Ada Tidak Efisien". Johan keseluruhan terbaik (pameran dan persembahan) dimenangi oleh Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad yang membawa pulang Piala Pusingan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Penjara Negeri Melaka disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. ""