| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hidup Bahagia Tanpa Dadah Penjara Tawau

Pada 18 - 20 April 2016 Institusi Penjara Tawau telah mengadakan Program Minggu Benci Dadah & Transformasi Diri yang bertemakan "Hidup Bahagia Tanpa Dadah" Peringkat Penjara Tawau. Program tersebut melibatkan seramai 148 orang penghuni yang terdiri dari penghuni lelaki dan wanita. Antara pengisian program selama 3 hari ini adalah ceramah daripada pelajar pratikal Universiti Malaysia Sabah, Dr. Prem Nasir Bin Rahman Kunasagaran, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Tawau dan En. Zabidi Bin Absaliah, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Tawau. Selain itu, program selama 3 hari ini turut diisi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan, pertandingan melukis dan aktiviti lukisan mural "Hidup Bahagia Tanpa Dadah". Majlis Perasmian Penutupan program ini telah disempurnakan oleh PP Tuan Kamarul Zaman Bin Ali Zaman, Timbalan Pengarah Penjara Tawau. Kemuncak program ini adalah dengan membakar replika dadah yang diperbuat daripada kertas oleh beberapa orang wakil penghuni diiringi dengan laungan "Saya Benci Dadah"  sebagai simbolik penghuni benci kepada dadah. ""