Pada 18 April 2016 (Isnin), bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Perlis, telah diadakan perjumpaan YBhg. TKJP Dato' Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan Dan Koreksional) bersama Pegawai Kanan dan kakitangan Pusat Koreksional Perlis. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh 30 orang Pegawai Kanan dan 20 orang anggota lain-lain pangkat. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut TKP Osman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen, IPPM dan PKP Ong Chiang A/L Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Negeri Perlis. Antara amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato' ialah berkaitan pematuhan terhadap Standard Operation Prosedur (SOP), sistem platun dan peranan Ketua Unit terhadap anggota seliaanya. Perjumpaan tersebut bermula jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.15 pagi.
""