Pada 18 April 2016 (Isnin), Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima lawatan dari Peserta Program MTCP seramai 39 orang dan 2 Pegawai Pengiring diketuai oleh PKP Adinaraina a/l Subramaniam. Rombongan ini telah disambut oleh PP Mohd Sapudin bin Said, Timbalan Pengarah Institusi. Peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan sejarah Penjara Jelebu dan Program TC yang dilaksanakan di institusi ini. Peserta MTCP juga dibawa melawat blok penempatan dan melihat sendiri Program Pembangunan Insan terutama Program TC yang dilaksanakan di institusi ini. ""