Program Kembara Amal Pusat Koreksional Puncak Alam
Pada 26 April 2016 (Selasa), Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah mengadakan Program Kembara Amal kali ke 5 bertempat di Rohingya Education Centre, Klang. Program kali ini mendapat sokongan dan sumbangan dari pelbagai pihak diantaranya Rumah Ngaji dari Kumpulan Media Karangkraf, Syarikat Pharma Niaga Sdn Bhd, Taska Anjung Pelangi dan Syarikat Fuji Bakery Sdn Bhd. Program turut diserikan dengan kehadiran PKP Zulia Binti Khamis, Pengarah PKPA serta PP Anbalagan a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah PKPA. Antara tetamu yang hadir ialah YM Raja Shah Faizal Raja Khairudin dan En. Khairul Azzumie dari Kumpulan Media Karangkraf, En Azrul Hafifuddin wakil Rumah Ngaji. Antara program yang diadakan ialah acara senamrobik, slot Quran Hour yang dikendalikan oleh Ustazah Norizan, gotong royong membaiki kemudahan di kompleks berkenaan serta sukaneka yang melibatkan 200 anak-anak pelarian Rohingya. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan jamuan makan tengahari.