Hari Bertemu Pelanggan Penjara Pusat Sibu Bersama Masyarakat Setempat
Pada 24 April 2016 (Ahad), bertempat di Dewan LAKIS, Sibu, Sarawak telah berlangsungnya Program Hari Bertemu Pelanggan Penjara Pusat Sibu bersama masyarakat setempat yang dirasmikan oleh PKP Bismillah Bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu diringi oleh PP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Timbalan Pengarah. Turut hadir Temenggong Stanley Geramong Anak Bandar, Temenggong Bahagian Sibu, Ketua dan wakil Jabatan, Ketua masyarakat, dan JKKK kampung, pelajar kolej serta sekolah sekitar bandar Sibu. Antara Pengisian Program adalah senamrobik dan zumba, pemeriksaan kesihatan, taklimat mengenai Sistem Parol dan Perkhidmatan Komuniti, pameran serta jualan bagi mempromosi produk-produk keluaran Penjara Pusat Sibu.