Objektif program ini adalah untuk memberikan maklumat kepada orang ramai khususnya pelajar sekolah berkenaan hukuman yang bakal di terima sekiranya melakukan jenayah dan kehidupan penghuni yang menjalani hukuman di penjara. Program ini juga diharapkan dapat memberi impak positif kepada pelajar sekolah dan masyarakat dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam melakukan jenayah.