Pada 20 April 2016 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Kefahaman Islam yang dianjurkan oleh Unit PPI Penjara Puncak Borneo, Sarawak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hishammuddin Bin Haji Sulhi, pegawai JAKIM Cawangan Sarawak. Peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang penghuni Penjara Puncak Borneo. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara Rahim bin Hj. Buji, Pegawai Kanan dan anggota unit PPI.