Pada 5 Mei 2016 (Khamis), Bahagian Pemulihan Penjara Pengkalan Chepa telah mendapat persetujuan dari Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan untuk mengadakan solat sunat Istisqa sebagai ikhtiar memohon pada ALLAH SWT bagi meringankan dugaan kemarau yang melanda negeri Kelantan dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Seramai 31 orang kakitangan dan 657 orang penghuni telah menunaikan solat sunat Istisqa di tapak Dewan Utama Penghuni. Objektif program ini juga dapat memberi pengajaran kepada penghuni bahawa setiap perkara yang kita hajati hendaklah kita memohon dengan-NYA dan segala ujian adalah datang dari-NYA.