Seramai 16 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menyertai pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Sekolah-Sekolah JAIM Negeri Melaka. Ini adalah pendedahan buat pertama kali dimana objektif penganjuran adalah untuk melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang ilmiah dan keagamaan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Khat(jawi), Syarahan, Pidato Bahasa Arab, Berzanji dan sebagainya disamping dapat meluaskan minda pelajar melalui pertandingan yang sihat. Dalam pertandingan tersebut seramai 2 orang penghuni SHG Telok Mas Melaka berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik iaitu acara Khat(Jawi) dan Syarahan.
""