Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016
Pada 13 April 2016 (Rabu) telah berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Penghuni bagi merebut Piala Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu yang berlangsung di Padang PPI, Gemilang. Program ini telah bermula pada 21.03.2016 yang melibatkan sebanyak 20 pasukan daripada blok penempatan penghuni dengan penyertaan seramai 300 orang penghuni. Pada perlawanan akhir, pasukan Blok Damai berjaya menjadi juara dengan membenam pasukan dari Blok Bakti dengan jaringan 4-0. Perlawanan akhir telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Bin Hj. Mohd Said dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan ini. ""