Majlis Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka
Bertempat di Dataran Hospital Penjara Sungai Udang, Melaka pada 11 Mei 2016 (Rabu) telah diadakan Majlis Jalinan Kasih Sempena Menyambut Hari Ibu Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka tahun 2016. Seramai 25 penghuni yang terdiri dari 20 lelaki dan 5 wanita dari pelbagai kaum terpilih untuk berjumpa dengan keluarga secara bersemuka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Latipah binti Omar (Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan ). Turut hadir sama TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka selaku tuan rumah dan En Jason Yow Seng Leng Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Melaka.