| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perpisahan Dan Makan Malam Pegawai Kanan Tahun 2016

Pada 18 Mei 2016 (Rabu) bersamaan 11 Syaaban 1437H bertempat di Restoran dan Hotel Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Makan Malam Pegawai Kanan Tahun 2016 bagi meraikan 3 kakitangan bertukar dan 3 kakitangan yang bersara. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PKK Rosoman bin Abu Bakar, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan isteri, PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai dan isteri merangkap Pengerusi PERSIAP Kompleks Penjara Seberang Perai dan PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Acara diteruskan dengan majlis makan malam, ucapan wakil pegawai bersara dan berpindah iaitu SJN (B) 4524 Rosli Bin Sabdin, ucapan  PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai kepada  pegawai bersara serta  berpindah, dan cabutan bertuah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai pada jam 10.30 malam.


""