Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Peringkat Penghuni Penjara Tawau 2016
Pada 14 Mei 2016 (Sabtu), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Tawau telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Peringkat Penghuni di perkarangan Pejabat Rekod Penjara Tawau yang melibatkan seramai 05 orang penghuni. Majlis ini telah disempurnakan oleh PP Kamarul Zaman Bin Ali Zaman, Timbalan Pengarah Penjara Tawau. Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak daripada wakil penghuni, acara memotong kek dan diakhiri dengan program ramah mesra di kalangan pegawai penjara dengan ahli keluarga penghuni.