Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2016
Pada 12 Mei 2016 (Selasa) bersamaan 5 Syaaban 1437, Unit Agama dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan program "Kuliyyah Isra' dan Mikraj" sempena Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Penghuni bagi tahun 2016 Masihi bersamaan 1437 Hijri. Program yang bertemakan "Kembara Keimanan, Seribu Keinsafan" ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan betul kepada penghuni mengenai satu peristiwa yang besar dalam lipatan sejarah umat Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Penceramah jemputan ialah Ustaz Khalil Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Taiping. Seramai 258 orang penghuni yang terdiri daripada Blok B1, Blok C dan Blok D hadir untuk menjayakan program ini. Program bermula dari jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang turut dihadiri oleh IP Hafizan Bin Hassan, mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan dan jamuan ringan.