Pada 25.05.2016 (Rabu), Penjara Marang Terengganu telah menerima satu lawatan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu seramai 32 orang. Taklimat pengurusan penjara telah disampaikan oleh PKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang. Turut hadir pada lawatan itu Timbalan Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PP Hamid bin Taha. Antara program yang diatur semasa lawatan tersebut iaitu melawat Kelas Pengajian Tahfiz & Al-Quran Hasnul Khatimah dan prosedur sebat rotan. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.
""