Pada 19 Mei 2016 (Khamis), Unit Lain_lain Agama Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Majlis Penghargaan Kepada Penceramah Agama Kristian dari Prison Fellowship Malaysia. Program ini dimulakan dengan kelas agama Kristian kepada penghuni yang mana ianya turut dijalankan setiap minggu bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang. Majlis penghargaan adalah bertujuan untuk menyatakan pengiktirafan kepada komitmen dan bantuan dari Prison Fellowship Malaysia terutama dari segi mengadakan kelas-kelas agama Kristian. Majlis ini disempurnakan oleh TPP Roy Anak Martin, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman dengan penganugerahan sijil penghargaan dan jamuan minum petang di Bilik Mesyuarat. Majlis ini berakhir pada jam 4.45 petang.
""