Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota dan penghuni tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. Turut hadir sama PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban.