| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penetapan Arah Kiblat daripada Jabatan Mufti Negeri Sabah Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016

Pada 16 Mei 2016 (Isnin) jam lebih kurang 10.00 pagi, telah berlangsung Penetapan Arah Kiblat daripada Jabatan Mufti Negeri Sabah di Penjara Pusat Kota Kinabalu. Penetapan ini diketuai oleh Ustaz Jumat bin Abdul Razak daripada Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sabah dan dibantu oleh pegawai-pegawai Unit Agama, Penjara Pusat Kota Kinabalu serta dibantu oleh anggota UKP. Objektif penetapan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada penghuni tentang pentingnya solat mengikut arah Kiblat yang betul. Selain daripada itu, penetapan ini juga telah dilakukan di surau penghuni dan juga pada setiap zon penempatan di dalam Penjara Pusat Kota Kinabalu termasuk juga di Zon Banduan Muda (Harapan/SIKK).


""