Jalinan Kasih Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Di Penjara Taiping, Perak
Pada 11 Mei 2016 (Rabu), Penjara Taiping telah melaksanakan program Jalinan Kasih sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat penghuni bagi tahun 2016. Seramai 11 orang penghuni dan 45 orang pelawat terlibat dengan program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping dan turut dihadiri oleh Hakim Pelawat.