Kursus Asas Pencegahan Dan Keselamatan Kebakaran Di Muzium Penjara Malaysia, Melaka
Pada 9-10 Mei 2016, Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah menganjurkan Kursus Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran termasuk teknik menyelamat mangsa secara teori dan amali yang dihadiri oleh 30 orang kakitangan institusi ini termasuk kakitangan pekerja kebersihan Muzium Penjara Malaysia Melaka. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, telah mengadakan demontrasi menggunakan alatan menyelamat mencegah kebakaran, latihan menyelamat mangsa selain menjalankan pemeriksaan pada semua alatan pencegahan dan mengemukakan cadangan berupa keperluan dan keutamaan bagi tujuan sifar bahaya kebakaran di premis ini. Dalam kursus ini juga diadakan kelas teori yang membincangkan kepentingan latihan/simulasi selain sesi Q & A.