Program Bersama Pemimpin Dan Hari Bersama Pelanggan
Pada 23 April 2016 (Sabtu) jam 3.00 petang satu Program Bersama Pemimpin Dan Hari Bersama Pelanggan Anjuran Penjara Pusat Miri telah diadakan di Bintang Megamall, Miri yang telah dirasmikan oleh YB Hj Ahmad Lai bin Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti. Program tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Miri, Pemangku Pegawai Daerah Miri, wakil dari agensi KDN Bahagian Miri, Ketua Kaum di daerah Miri, wakil Prison Fellowship, Tabung Baitumal Sarawak Cawangan Miri, Persatuan Penganut Agama Buddha Batu Niah, Pengetua SMK Riam dan Pustaka Sarawak Bahagian Miri, pesara penjara, wakil media, dan juga bekas banduan yang berkarier. Antara aturcara program pada hari tersebut adalah penyampaian sijil penghargaan oleh YB Hj. Ahmad Lai bin Bujang atas sumbangan dan kerjasama kepada Jabatan untuk wakil Prison Fellowship, Tabung Baitumal Sarawak Cawangan Miri, Persatuan Penganut Agama Buddha Batu Niah, Pengetua SMK Riam dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri dan juga penyampaian sijil penghargaan kepada bekas banduan yang berjaya dalam karier pembuatan produk simen fero iaitu En. Monggie Anak Juman. Selain daripada itu juga, penyampaian sumbangan wang RM1,000.00 bagi setiap rumah ibadat oleh YB Hj Ahmad Lai bin Bujang iaitu kepada Surau Darul Hana, Lambir, Gereja Anglican Holy Trinity Lambir, dan wakil Surau Darul Hidayatullah, Lereng Bukit, Miri (sumbangan daripada Y.Bhg. Dato? Sebastian Ting Chiew Yew). Susus majlis diteruskan dengan lawatan oleh YB Hj. Ahmad Lai bin Bujang ke tapak Pameran Kepenjaraan dan Jualan Infokraf penjara serta sesi penerangan untuk projek KIK Penjara Pusat Miri. Program tersebut selesai lebih kurang pada jam 4.00 petang diakhiri dengan sesi bergambar bersama dengan YB Hj. Ahmad Lai bin Bujang.