Tanggal 2 Mac 2016 (Rabu), Perkarangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah berlangsungnya Majlis 'Flag Off' yang disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bagi Program "Tran 8 Borneo". Program ini merupakan aktiviti berbasikal secara solo yang akan dilakukan oleh Koperal 13720 Zairul Azmin Bohari, Penjara Taiping bermula dari Kompleks Penjara Puncak Borneo hinggalah ke Bahagian Lawas, Negeri Sarawak yang mana titik destinasi adalah singgah di setiap institusi Penjara Negeri Sarawak. Selesai kayuhan di setiap Bahagian Negeri Sarawak, beliau akan meneruskan perjalanan di setiap Bahagian Negeri Sabah. Program ini akan mengambil masa selama 24 hari iaitu bermula pada 1 Mac hingga 24 Mac 2016. Pentadbiran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha untuk mempromosi Jabatan Penjara Malaysia diseluruh Negeri Sarawak dan Sabah.