Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu Bagi Tahun 2016
Pada tanggal 1 Mac 2016 (Selasa), telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu di Dewan Rafflesia Penjara Wanita Kota Kinabalu. Majlis ini telah menyaksikan seramai 11 orang pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikah pelantikan secara rasmi. Penyerahan watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh TPP Fauziah Binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Setelah menerima watikah pelantikan pengawas, barisan pengawas sekolah telah berikrar untuk menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk memberi peluang kepada para pelajar memupuk sikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Program ini juga diadakan agar para pelajar dapat merasakan persekitaran sekolah yang sama seperti di sekolah harian biasa. Tahniah diucapkan kepada barisan pengawas Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu bagi tahun 2016.