| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 226 Peringkat Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sambutan Hari Penjara ke-226 Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung pada 24 Februari 2016 (Rabu) bertempat di Maktab Penjara Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Hj. Darussalam bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kira-kira 340 orang Pegawai dan Kakitangan hadir memeriahkan majlis tersebut yang bermula dari sesi pertama iaitu perbarisan dan Perutusan KJP sempena Hari Penjara. Sesi kedua bersambung di Dewan Teratai, Maktab Penjara Malaysia dengan acara pemakaian pangkat, penyampaian Pingat dan Sijil. Pemakaian pangkat melibatkan  (2) orang berpangkat SJN Gred KX22 dan (36) orang berpangkat KPL Gred KX20 institusi-institusi Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan.


""