Lawatan Kerja YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Seri Dr Zulkifeli Bin Mohd Zin Panglima AngkatanTentera Malaysia Ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas
28hb Febuari 2016, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas telah menerima lawatan kerja YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Seri Dr Zulkifeli Bin Mohd Zin Panglima AngkatanTentera Malaysia. Lawatan turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Datuk Sri Ismail Bin Hj Bakar Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, YBhg Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato' Hj Hassan Bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (keselamatan dan koreksional) Penjara Malaysia, YBhg Dato? Ahmad Bin Ishak Ketua Pengarah Fama, YBhg Dato' Dr Sharif Bin Haron Ketua Pengarah Mardi ,YBhg Timbalan Komisioner penjara Dato' Hj Abdul Aziz Bin Abdul Razak Pengarah Paroldan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysi, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat pengurusan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan oleh Timbalan Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan serta lawatan ketapak Agrikultur dan Aquakultur seperti tapak penternakan ikan keli, ladang ternakan ayam kampung dan ladang Nanas.