Acara dimulakan dengan kata-kata aluan serta taklimat ringkas berhubung fungsi Jabatan Penjara dan penyelarasan peluang pekerjaan kepada ODP dan bekas banduan, diikuti dengan sesi soal jawab bersama majikan. Aturcara diteruskan dengan sesi menandatangani persetujuan kerjasama antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama majikan-majikan serta penyampaian cenderahati kepada syarikat dan pihak Job's Malaysia.
Program ini bertujuan untuk menyatakan persetujuan daripada syarikat atau majikan yang bersedia memberikan peluang pekerjaan kepada ODP dan bekas banduan setelah dibebaskan kelak . Dengan kerjasama majikan yang terjalin ini diharapkan dapat membantu memberi peluang pekerjaan yang terjamin kepada ODP dan bekas banduan dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.