Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan Calon SPM 2015 SHG Telok Mas Melaka
Pada 11 Mac 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Seroja SHG Melaka telah diadakan Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan SPM 2015 yang telah disempurnakan oleh YBhg KP Dato' Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir sama TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, En Azhan bin Anuar Ketua Sektor Pendidikan IPPM dan ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka. Dalam pencapaian SPM tahun ini, seramai 75 calon pelajar SHG Telok Mas Melaka yang mendaftar dalam SPM 2015 telah mencatat kelulusan 100% bagi 3 tahun berturut-turut dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 4.80. Calon terbaik iaitu seorang pelajar mendapat 7A, seorang calon mendapat 6A dan seramai 47 calon mendapat sekurang-kurangnya 1A.