Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi sepanjang tahun 2015. Dalam majlis kali ini, seramai 278 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai peringkat jawatan telah terpilih untuk menerima penghargaan. Setiap penerima menerima insentif berupa Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM 1,000.00 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium. Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian 42 Pingat Kedaulatan Negara kepada kakitangan yang terlibat dalam pengawalan OPS Daulat di Lahad Datu dan juga SOSMA.