Pada 23.05.2016 (Isnin) Penjara Tawau telah dipilih sebagai pengelola Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Zon Sabah 2016 yang berlangsung di Dewan Sri Tawau. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Seramai 233 pegawai lain-lain pangkat terlibat dalam penganugerahan pingat tersebut. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, YBhg. TKJP Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Komisioner Jeneral, YBhg. KP Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, TKP Suria Bin Hj Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah/W.P Labuan, Pengarah-pengarah Institusi Zon Sabah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Agensi Kementerian Dalam Negeri.
""