Pada 01 Jun 2016 (Rabu) bersamaan 25 Shaaban 1437H bertempat di Dataran Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang telah disempurnakan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Antara susun atur majlis ialah nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, pemeriksaan perbarisan, bacaan ikrar, majlis pemakaian pangkat kepada 4 anggota berpangkat Sarjan Penjara, penyampaian Sijil Pencapaian 7 Hari Berkursus bagi tahun 2015 dan Anugerah Institusi Komited bagi penggunanaan Wartel bagi tahun 2015 dan 2016 yang disampaikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pengarah Penjara Seberang Perai dan bacaan doa.
""