Pada 27 Mei 2016 (Jumaat), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Ibubapa bertempat di Dewan Bistari. Seramai 20 orang banduan sabitan terpilih termasuk 02 orang Banduan Muda / SIKK menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 80 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat, PKK Rosman Bin Norman dan pegawai-pegawai kanan. Antara pengisian program ini adalah persembahan oleh penghuni bersama ahli keluarga yang hadir. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni dan keluarga betapa pentingnya peranan keluarga dalam membantu memulihkan penghuni.
""