Pada 23-25 Mei 2016, Kelab Rekreasi Penjara Pusat Miri telah menganjurkan pertandingan Badminton dan Petanque Piala Pengarah Penjara Pusat Miri untuk kakitangan dan juga ahli PERSIAP bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri. Bagi pertandingan Badminton, 3 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori VVIP Lelaki, kategori Anggota Lain-lain pangkat Lelaki dan kategori Pegawai Wanita/PERSIAP. Bagi acara Petanque 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori Pegawai Wanita/PERSIAP. Majlis penutupan pertandingan telah disempurnakan oleh PP Muhammad Khalid Bin Muhammad, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri. Di majlis penutupan tersebut telah diadakan pertandingan akhir bagi semua kategori badminton dan petanque dan disusuli dengan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang. Pertandingan ini dianjurkan sebagai memupuk semangat kesukanan, budaya hidup yang sihat melalui sukan serta bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan serta PERSIAP di Penjara Pusat Miri khususnya.
""