Pada 27 Mei 2016(Jumaat), seramai 24 orang pegawai dan kakitangan dari Penjara Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ke Penjara Pusat Miri. Delegasi lawatan diketuai oleh Penolong Penguasa Penjara Haji Saini bin Haji Maidin, Ketua Pusat Latihan, Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau perlaksanaan Program Pemulihan Insan (PPI) di samping sesi perkongsian maklumat berkaitan hal kepenjaraan. Lawatan ini juga bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim di antara institusi penjara dua negara. Aturcara lawatan termasuklah lawatan ke Blok Pemulihan, bengkel, Bilik SKEB dan Galeri Perusahaan dan Industri, taklimat Kepenjaraan dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari bertempat di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri. Bersempena dengan lawatan tersebut juga, pada 26 Mei 2016 telah di adakan pertandingan persahabatan futsal yang telah disertai oleh Penjara Pusat Miri, Pusat Koreksional Bintulu dan juga Penjara Negara Brunei Darussalam bertempat di Kelab Rekreasi Petroliam, Lutong, Miri.
""