Pada 25.05.2016 (Rabu), Penjara Seremban dengan kerjasama Bank Islam telah menganjurkan Program Cuit-Cuit Ramadhan Merindui Ramadhan yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Penjara Seremban. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh En. Ahdan Syariff bin Muhamad, pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bank Islam, Kuala Lumpur dan seterusnya ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Nor Raihan bin Abd. Aziz (Tanyalah Ustaz TV9).
Turut hadir dalam program tersebut ialah PKP Muhamad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, En. Zuraimi bin Ayub, Pengurus Bank Islam, Cawangan Seremban, En. Razali bin Ismail, Pengarah Rela, Negeri Sembilan, pegawai kanan dan anggota dari Penjara Seremban, Pejabat Parol, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, 4 orang guru dan 46 murid-murid Kadet Koreksional dari Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nawarastu dari Penjara Seremban. Program Ihya Ramadhan ini merupakan salah satu program yang bertepatan dengan matlamat syariat dalam membentuk individu muslim berakhlak mulia, cintakan agama dan berjiwa insan soleh.
"" Turut hadir dalam program tersebut ialah PKP Muhamad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, En. Zuraimi bin Ayub, Pengurus Bank Islam, Cawangan Seremban, En. Razali bin Ismail, Pengarah Rela, Negeri Sembilan, pegawai kanan dan anggota dari Penjara Seremban, Pejabat Parol, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, 4 orang guru dan 46 murid-murid Kadet Koreksional dari Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nawarastu dari Penjara Seremban. Program Ihya Ramadhan ini merupakan salah satu program yang bertepatan dengan matlamat syariat dalam membentuk individu muslim berakhlak mulia, cintakan agama dan berjiwa insan soleh.